
Minatku pada PAS bermula apabila melihat seseorang pejuang ini...daripada gelaran di hatiku sebagai Menteri Besar, tetapi kini ku gelarnya "Tuan Guru Nizar"...kenapa? perwatakannya yang sederhana...rajin memberi kuliah agama sama ada surau atau masjid...hadirnya ke kawasan-kawasan penempatan rakyat tanpa makluman menandakan dia tidak mahu pada sambutan yang boleh melupakan pada penciptaNya, Allah S.W.T...hidupnya hampir setahun sebagai MB Perak YANG SAH adalah keadaan yang zuhud sekali...hal ini menghadirkan minat ku untuk bersama dengan para pejuang PAS yang lain bagi memartabatkan agama Islam di Malaysia amnya, di Perak khususnya..
walaupun sejarah hidupku sebagai "pejuang PAS" bermula di zaman persekolahan menengah lagi, dimana aku menjadi salah seorang pelajar kepada sebuah sekolah arab di Kelantan....namun minat pada perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS hanya sekadar bermain di depan mata tanpa ianya mengalir ke hati...
tetapi....semuanya berubah sejak aku mula berhijrah ke Perak Darul Ridzuan untuk menuntut ilmu yang insya Allah diredhai Allah langkahku ini....masa aku menjejakkan kakiku di Perak, 2 bulan kemudian akan berlangsungnya Pilihan Raya Umum 12 (PRU 12)...akhirnya, Pakatan Rakyat (PR) memenangi PRU 12 di Perak dan MB nya adalah Dato Seri Ir Haji Mohamad Nizar Bin Jamaludin....perwatakan yang dibawakan olehnya sangat bercirikan sebagai seorang pemimpin Islam dan sebab itu ana panggilnya Tuan Guru Nizar...
apabila tercetusnya "Penderhakaan yang amat dahsyat" oleh rejim zionis UMNO BN, dengan memutar belitkan Dato Seri Ir Haji Mohamad Nizar Bin Jamaludin....aku kemudiannya selalu mengikuti perkembangannya...dan akhirnya hati ini jatuh hati pada p semua fakta termasuk Undang-Undang Tubuh Negeri Perak, mereka ini laknatullah menjatuhkan kerajaan pimpinan Tuan Guru Nizar tanpa mereka sedari Tuan Guru Nizar telah berada di hati semua rakyatnya di Perak...keadaan ini mencetuskan amarah rakyat yang jelasnya semakin membenci rejim ini laknatullah...
bermula pada hari itu....aku bersama dengan beberapa sahabat yang lain...berjanji akan bersama dengan Tuan Guru Nizar sama ada dalam keadaan suka atau duka di dalam perjuangan PAS....ini kisah aku bukan untuk menunjuk jauh sekali untuk menyombong tapi sebagai kisah perjuanganku...aku selalu melibatkan diri dengan segala program yang di anjurkan oleh PR khususnya yang dihadiri oleh Tuan Guru Nizar.....
Kemuncaknya ke Bukit Gantang...habis dengan tenaga fizikalku aku kerahkan untuk berjihad menaikkan nama Tuan Guru Nizar sebagai pemimpin yang berjiwa rakyat, itu realitinya..selepas itu, aku sudahi usahaku ini dengan bermunajat pada Allah, serahkan padaNya kerana Allah Tuhan Yang Maha Penentu....kita hanya mampu merancang, Allah yang menentukannya...
akhirnya..PR khususnya PAS dapat mengekalkan pemerintahan di Bukit Gantang yang mana penderhaka pada perjuangan di Changkat Jering rasanya sudah ketakutan di atas pemilihan rakyat....
Tuan Guru Nizar.....aku memilih mu sebagai tokoh perjuanganku bukan kerana aku mahukan harta, pangkat dan gelaran..namun kerana aku memikirkan soal akhirat....kerana di hadapan Allah kelak akan ada satu soalan yang akan di tanya padaku..."Wahai hambaku, semasa aku memberi kekuatan kepada mu untuk memilih pemimpin mu, siapakah pemimpin yang kau pilih? adakah pemimpin itu di jalanku atau sebaliknya? "..maka sanggupkah aku memilih pemimpin yang dimurkai Allah? TIDAK! maka..aku melihat dirimu berdiri dengan Islam dan Iman di hati...maka, aku tanpa ragu-ragu memilihmu sebagai pemimpinku...
insya Allah, Allah bersamamu pemimpinku.....
No comments:
Post a Comment