Saturday, April 11, 2009

Teori RAHMAN..huruf N utk siapa? Najib atau Nizar?

Teori RAHMAN amat popular di kalangan pengikut2 isu politik semasa MALAYSIA..kerana ia merujuk kepada PM Malaysia...

Apa itu Teori RAHMAN? Teori RAHMAN adalah berkenaan huruf2 permulaan PM dahulu, sekarang dan akan datang..itu tafsiran politik terutama di dalam kalangan rejim zionis UmBN...

bermula dgn huruf R adalah merujuk kepada Tunku Abdul Rahman..walaupun nama pertamanya bermula dgn huruf A tetapi dia lebih dikenali dgn Rahman dan huruf permulaannya adalah R..

huruf kedua dalam teori RAHMAN adalah A merujuk kepada Tun Abdul Razak..namun pertikaian di sini timbul di kalangan tafsiran ahli politik sendiri yang mengatakan dia lebih di kenali dengan panggilan Razak..maka huruf permulaannya adalah R..tp huruf A dalam teori RAHMAN tetap di putuskan pada namanya pertama iaitu Abdul..

huruf ketiga pula dalam teori RAHMAN adalah H..H merujuk kepada nama kedua di dalam nama Tun Hussien Onn...iaitu PM ketiga Malaysia..hal ini dipersetujui di kalangan pemerhati dan penganalisis politik Malaysia kerana dia lebih dikenali dengan gelaran Hussien..

huruf keempat dalam teori RAHMAN adalah M iaitu merujuk kepada iblis Malaysia iaitu Mahathir Mohammad..PM keempat Malaysia..hal ini juga dipersetujui di kalangan pemerhati dan penganalisis politik Malaysia kerana dia lebih di kenali dengan gelaranan Mahathir..atau "Mamat"..kahkahkah..tak dinafikan di zaman pemerintahannya, Malaysia berada di dalam kelompok negara yang membangun dan berada dalam arus kemodenan yang setaraf dengan dunia moden yang lain..namun, dia gadaikan sifat jati diri rakyat Malaysia untuk mendapat itu semua tanpa memikirkan kesannya di kemudian hari..di sebabkan sistem yang di perkenalkan di dalam semua sektor kerajaan seperti pendidikan dan ekonomi, maka hari ini lahirlah rakyat Malaysia yang tidak mengenali bangsanya sendiri..tidak dapat menghayati semangat nasional yang ditinggalkan oleh nenek moyang kita sendiri..kenapa ini berlaku? itulah sistem Mahathir...sistem undang2 di gubalnya...sehingga kuasa sultan leh dinafikan di mahkamah..n banyak lagi la kalau nak di katakan di sini..kena buat tajuk khusus dulu..kahkah..

huruf kelima adalah A...merujuk kepada PM ke 5 iaitu Pok Loh..kahkak...Abdullah Badawi...hal ini juga betul kerana dia lebih dikenali dengan gelaran Abdullah...tetapi kalau ikut nama glamournya Pok Loh..kena tukar huruf la kat dalam Teori RAHMAN...kahkah...atau bukan dia yang sepatutnya jadi PM????

huruf keenam pula adalah N...kata penganalisis politik n pemerhati politik yang lebih condong nak makan duit rakyat n menjadi boneka pada rejim zionis UmBN, Najis Altantuya la pelengkap teori tersebut..iaitu PM ke enam Malaysia..

namun...ingatlah semua rakyat Malaysia...zaman kegemilangan Malaysia n negara ini di kenali hanya bermula dari pemerintahan Tunku Abdul Rahman n sehinggalah pada iblis tua rejim zionis UmBN iaitu Mahathir sahaja...zaman pok loh tiada apa pun yang menonjol..dengan pendidikannya yang semakin merosot walaupun dalam media2 perdana iaitu boneka rejim zionis UmBN mengatakan statistik pendidikan semakin meluas dengan IQ para pelajar meningkat...namun realitinya adalah sebaliknya...isu PPSMI itu dah leh lihat kejatuhan sektor pendidikan dizamannya...ekonomi juga teruk...apa yang Pok Loh tinggal??? xder apa2 pun..kahkah...kenangan perkahwinannya dengan perempuan mana entah....kahkahkah...

maka...kita berbalik semula kepada huruf A iaitu huruf kelima dalam teori RAHMAN...adakah ia merujuk kepada Dato Seri Anwar..kerana BELIAU lebih dikenali dgn panggilan Anwar..bukan Pok War..seperti Abdullah Badawi yang digelar Pok Loh..kahkah...adakah Dato Seri Anwar yang sebenarnya PM ke lima atau sekarang bakal PM ke tujuh kalau ikut sistem turutan?? dengan ilmu n pengalamannya yang luas..sama ada dalam hal politik, pengurusan, ekonomi dan sebagainya, Dato Seri Anwar lebih layak di lantik menjadi PM kelima mengikut teori RAHMAN...kemampuan Dato Seri Anwar ini leh membawa Malaysia ini ke arah negara yang lebih gemilang dan seterusnya mengatasi pencapaian Mahathir Iblis Tua..

jika hal itu terjadi, n huruf A tu milik Dato Seri Anwar Ibrahim...maka bakal PM ke tujuh adalah beliau...n huruf N siapa pula??? maka inilah yang dinanti-nantikan..beliau mungkin adalah Dato Seri Ir Haji Mohammad Nizar Bin Jamaluddin...kerana beliau lebih dikenali dengan nama Nizar atau gelaran barunya yang aku panggil TUAN GURU NIZAR..dengan kemenangannya di Parlimen Bukit Gantang, dah tidak mustahil yang beliau akan menjadi PM dan seterusnya melengkapkan Teori RAHMAN YANG BETUL.....maka bakal PM kelapan adalah beliau...

namun dengan kenyataan Dato Seri Anwar baru2 ini...beliau ada mengatakan, beliau sanggup menyerahkan Malaysia ini kepada Tuan Guru Nizar...kenapa???

  • kebangkitan rakyat Malaysia yang tersedar dari dunia lakonan rejim zionis UmBN adalah bermula semasa tercetusnya krisis PERAK.
  • krisis PERAK yang ditimbulkan oleh rejim zionis UmBN ni kononnya ingin mengaibkan Tuan Guru Nizar bertukar kepada berlakunya kesedaran di kalangan rakyat2 Malaysia khususnya rakyat PERAK tentang apa yang dilakukan oleh rejim zionis UmBN terhadap mereka..sama ada yang dilakukan sebelum ini, sekarang atau akan datang..
  • Dengan perwatakan yang di bawa oleh Tuan Guru Nizar dalam menangani krisis ini telah membuka mata2 org bukan Islam tentang apa itu dunia Islam...sebelum ini mereka lah yang menentang hukum Hudud yang ingin diperkenalkan oleh PAS tapi di putarbelitkan hukumnya oleh rejim zionis UmBN dan mengakibatkan org bukan Islam salah faham pada agama Islam..
  • perwatakan Tuan Guru Nizar yang suka masuk kampung atau suka melihat rakyat dengan setiap minggu ada sahaja langkahnya di mana-mana kampung, bandar dan desa di negeri Perak telah membuka mata rakyat Malaysia terutama rakyat Perak tentang pemimpin yang bagaimanakah yang membawa keadilan, mesra rakyat, dan keprihatinan..
    perwatakanya juga dengan tidak jemu2 pergi ke mana2 masjid atau surau di mana2 kawasan di negeri Perak utk memberi kuliah agama telah mencerminkan ini lah pemimpin yang membawa sejarah Islam di mana Rasulullah S.A.W di zaman hidupnya, baginda sendiri yang pergi ke masjid utk memberi kuliah agama walaupun baginda sibuk dgn pengurusan kepimpinannya..
  • kesannya....lahirlah generasi yang faham tentang Islam itu sendiri...lahirlah generasi yang dapat kaitkan Islam dengan kehidupan seharian...kaum Cina, India dan kaum2 lain tidak lagi memandang Islam ini agama untuk kaum Melayu sahaja tetapi sebenarnya utk semua...menyedarkan kepada semua generasi baru ini tentang halal dan haram, kenapa ia halal dan kenapa ia haram, yang di terdapat dalam agama Islam...generasi inilah generasi MALAYSIA..yang meliputi seluruh bangsa, agama, ideologi, pangkat...bergabung dengan rela hati..tiada paksaan dan permusuhan..yang telah disedarkan oleh bakal PM kita, Tuan Guru Nizar..

Maka..itulah yang telah Dato Seri Anwar dapat lihat pada perwatakan dan keistimewaan Tuan Guru Nizar..tidak mustahil beliau akan menjadi PM...maka seterusnya hayat Najis Altantuya sebagai PM keenam adalah tidak lama2...menunggu masa utk tersungkur dengan pelbagai krisis yang telah dia lakukan sendiri..kata org, dia sudah gali kubur utk dirinya siap2, dan dengan sendirinya dia terjun kedalam dan menimbusnya sendiri..kahkakakkah...

maka..pelengkap kepada Teori RAHMAN adalah...Dato Seri Ir Haji Mohammad Nizar Bin Jamaluddin sebagai PM Malaysia akan datang...takhbir!!!! sama2 lah kita doakan...takhbir!!!

Friday, April 10, 2009

Perhimpunan meraikan "PARA WIRA BUKIT GANTANG"...9 April 2009...2


Tetamu Terhebat itu adalah..jeng2..kahkah.


kenal ke tak ni?? kalau x kenal..x yah jadi org Perak la..kahkah...inilah antara Adun di Perak yang aktif memperjuangkan nasib rakyat Perak..blogger nya adalah Cina Islam..kalau ikut kata MC, waktu maghrib pada hari majlis tersebut, dia masih berada di Parit Buntar..dan majlis ini bermula selepas solat Fardhu Isya'...n kauorg fikirkan sendiri lah berpa dia pecut utk sampai kat majlis ini iaitu di Manjoi dari Parit Buntar...semangat dia dalam memperjuangkan Islam sangat hebat...dia adalah antara tokoh yang aku respect habis dalam perjuangan PAS...khususnya perjuangan Islam di Perak..



seperti semua tau..nama salah seorang PANGLIMA kita ini adalah DRS. Khalil Idham Lim atau nama cinanya Lim Chuan Hing Abdullah...dia merupakan Adun Titi Serong..antara kata-kata yang dia tegaskan pada perhimpunan itu adalah :


  • UmBN terutama jentera-jentera haramnya telah memutarbelitkan isu ayat-ayat Al-Quran yang dibawa oleh YB Nga Kor Ming iaitu Adun Pantai Remis merangkap Ahli Exco Kerajaan Negeri Perak YANG SAH dan HALAL semasa kempen PRK Bukit Gantang yang lepas.

  • UmBN juga yang baru di pimpin oleh PM (Pengkhianat Melayu) nya yang baru..iaitu Dato "Berseri" Najis Altantuya telah memainkan peranannya yang "SANGAT PENTING" dalam kes 3 Adun Perak YANG TIDAK SAH itu...apa peranannya? Mahkamah Persekutuan, Hakimnya yang dikawal "tali bonekanya" oleh PM Najis tu telah mengistiharkan bahawa hanya SPR yang layak utk menentukan status 3 Adun yang SEDIA TIDAK SAH tersebut..dan sekaligus menafikan kuasa Speaker Adun...

tp....DRS. Khalil Idham berkata lagi...keadaan itu tidak perlu dirisaukan..kerana itu semua sudah berada di dalam jangkaan..ibarat Pelan A musnah..Pelan B masih ada..insya Allah katanya lagi..sama ada Pilihan Raya Kecil di tiga kawasan itu atau Pilihan Raya Umum bagi keseluruhan Negeri Perak akan insya Allah di adakan antara bulan 5 hingga 7 ni...nasihat dan arahannya adalah..rakyat2 Perak perlu bersedia utk itu..khususnya kepada semua PEJUANG-PEJUANG PR terutama MUJAHIDIN PAS..takhbir!!! dari kemenangan Rakyat di Bukit Gantang..kita bawanya pula pada kemenangan Rakyat di seluruh Negeri Perak..insya Allah..takhbir!!!

Perhimpunan meraikan "PARA WIRA BUKIT GANTANG"...9 April 2009...1

salam...maaf ya...x sempat nak taip n publish..sibuk dgn tugasan...


ni gambar yg dapat aku ambil dgn kamera murahan ku...kahkah..maaf ya...ni x mula lagi ni..duk tunggu TETAMU TERHEBAT sampai..kiranya..majlis dah mula, para "PERWIRA" berkongsi kisah kat Bukit Gantang..takhbir!!


Kat bawah ni ada beberapa gambar sebelum TETAMU TERHEBAT sampai..tengok la sendiri..aku x pandai nak huraikan gambar..pandai ambil je.,..kahkah..



jamuan...sebelum start perhimpunan meraikan "PARA WIRA BUKIT GANTANG"..9 April 2009..


salam untuk semua dan selamat sejahtera...

ni lah langkah pertama aku dalam dunia cyber dalam perjuangan menegakkan kebenaran dan menghancurkan kebatilan..kebatilan yang jelas dibawa oleh rejim zionis UMNO BN (UmBN)dalam menghancurkan MALAYSIA "yang mereka cintai"...kahkahkah..

lepas je aku dapat satu sms dari seorang sahabat aku mengenai perhimpunan ini..terus je aku merancang pelan utk kesana..walaupun sibuk dgn "hal peribadi"..hal peribadi la sangat..aku pun terus ke sana bersama dengan 2 org kawan aku..tp sebelum tu aku singgah di satu masjid utk berbuka puasa dan solat Maghrib berjemaah..insya Allah..semoga Allah membenarkan niat ibadat aku ni dengan keredhaanNya bukan kerana nak menunjuk tapi utk perkongsian sahaja...

ni aku nak share gambar2 yang aku "tangkap" dengan kamera HP 3.2 mega pixels je...dan satu kamera 10 mega pixels..maaf la ya...diri ini x der kamera yang khusus lagi..kahkah..


gambar ni..aku "tangkap" masa semua jemaah selesai solat Isya' berjemaah..lepas tu, ada disediakan makanan..makanan ini di taja oleh "RAKYAT"..duit rakyat yang diperolehi oleh PAS di gunakan semula utk kebajikan pada rakyat..ini PAS..takhbir!! bukan mcm UmBN, duit rakyat masuk poket..kemudian belanja family diaorg...makanan tu kemudian jadi darah daging diaorg...maka dgn percumanya..daging2 dan darah2 itu dah di tempat dgn basuhan yang istimewa..apa??? basuhan air neraka!! nauzubillah..





ni la beberapa keping gambar yg sempat aku "tangkap"..nak "tangkap" banyak2..x leh..kamera habis bateri lok..kahkah..sedihnya..tp aku ada gambar TETAMU TERHEBAT pada perhimpunan tu..nak tau saper?? sabarrrrrrrrrrr....

Thursday, April 9, 2009

tokoh perjuanganku yang ku kagumi kini..


Minatku pada PAS bermula apabila melihat seseorang pejuang ini...daripada gelaran di hatiku sebagai Menteri Besar, tetapi kini ku gelarnya "Tuan Guru Nizar"...kenapa? perwatakannya yang sederhana...rajin memberi kuliah agama sama ada surau atau masjid...hadirnya ke kawasan-kawasan penempatan rakyat tanpa makluman menandakan dia tidak mahu pada sambutan yang boleh melupakan pada penciptaNya, Allah S.W.T...hidupnya hampir setahun sebagai MB Perak YANG SAH adalah keadaan yang zuhud sekali...hal ini menghadirkan minat ku untuk bersama dengan para pejuang PAS yang lain bagi memartabatkan agama Islam di Malaysia amnya, di Perak khususnya..
walaupun sejarah hidupku sebagai "pejuang PAS" bermula di zaman persekolahan menengah lagi, dimana aku menjadi salah seorang pelajar kepada sebuah sekolah arab di Kelantan....namun minat pada perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS hanya sekadar bermain di depan mata tanpa ianya mengalir ke hati...
tetapi....semuanya berubah sejak aku mula berhijrah ke Perak Darul Ridzuan untuk menuntut ilmu yang insya Allah diredhai Allah langkahku ini....masa aku menjejakkan kakiku di Perak, 2 bulan kemudian akan berlangsungnya Pilihan Raya Umum 12 (PRU 12)...akhirnya, Pakatan Rakyat (PR) memenangi PRU 12 di Perak dan MB nya adalah Dato Seri Ir Haji Mohamad Nizar Bin Jamaludin....perwatakan yang dibawakan olehnya sangat bercirikan sebagai seorang pemimpin Islam dan sebab itu ana panggilnya Tuan Guru Nizar...
apabila tercetusnya "Penderhakaan yang amat dahsyat" oleh rejim zionis UMNO BN, dengan memutar belitkan Dato Seri Ir Haji Mohamad Nizar Bin Jamaludin....aku kemudiannya selalu mengikuti perkembangannya...dan akhirnya hati ini jatuh hati pada p semua fakta termasuk Undang-Undang Tubuh Negeri Perak, mereka ini laknatullah menjatuhkan kerajaan pimpinan Tuan Guru Nizar tanpa mereka sedari Tuan Guru Nizar telah berada di hati semua rakyatnya di Perak...keadaan ini mencetuskan amarah rakyat yang jelasnya semakin membenci rejim ini laknatullah...
bermula pada hari itu....aku bersama dengan beberapa sahabat yang lain...berjanji akan bersama dengan Tuan Guru Nizar sama ada dalam keadaan suka atau duka di dalam perjuangan PAS....ini kisah aku bukan untuk menunjuk jauh sekali untuk menyombong tapi sebagai kisah perjuanganku...aku selalu melibatkan diri dengan segala program yang di anjurkan oleh PR khususnya yang dihadiri oleh Tuan Guru Nizar.....
Kemuncaknya ke Bukit Gantang...habis dengan tenaga fizikalku aku kerahkan untuk berjihad menaikkan nama Tuan Guru Nizar sebagai pemimpin yang berjiwa rakyat, itu realitinya..selepas itu, aku sudahi usahaku ini dengan bermunajat pada Allah, serahkan padaNya kerana Allah Tuhan Yang Maha Penentu....kita hanya mampu merancang, Allah yang menentukannya...
akhirnya..PR khususnya PAS dapat mengekalkan pemerintahan di Bukit Gantang yang mana penderhaka pada perjuangan di Changkat Jering rasanya sudah ketakutan di atas pemilihan rakyat....
Tuan Guru Nizar.....aku memilih mu sebagai tokoh perjuanganku bukan kerana aku mahukan harta, pangkat dan gelaran..namun kerana aku memikirkan soal akhirat....kerana di hadapan Allah kelak akan ada satu soalan yang akan di tanya padaku..."Wahai hambaku, semasa aku memberi kekuatan kepada mu untuk memilih pemimpin mu, siapakah pemimpin yang kau pilih? adakah pemimpin itu di jalanku atau sebaliknya? "..maka sanggupkah aku memilih pemimpin yang dimurkai Allah? TIDAK! maka..aku melihat dirimu berdiri dengan Islam dan Iman di hati...maka, aku tanpa ragu-ragu memilihmu sebagai pemimpinku...
insya Allah, Allah bersamamu pemimpinku.....

Wednesday, April 8, 2009

perjuanganku..fisabilillah..

salam jihad fisabilillah..kepada semua para pejuang Islam..sama ada muslimin atau muslimat..

di sini bermula..era jihad fisabilillah di era IT..tetapi Islam dan Iman itu masih sama..tidak pernah berubah walaupun sebesar zarah sekalipun...masih berpandukan pada Al-Quran dan Sunnah Nabi Muhammad S.A.W.....takhbir!! laungan jihad kedengaran..ayuh!! kita bersatu dibawah satu panji Islam!! Allahu Akhbar!!